Aku...Dia...Mereka...

Selasa, 19 Mei 2009

GURU

Cikgu…

Besar sungguh nama ini sebesar tanggungjawab yang MEREKA pikul. Mungkin sekarang baru AKU sedar akan berapa unggulnya panggilan keramat ini ‘CIKGU’

Di era serba canggih dan moden ini mungkin AKU, DIA dan MEREKA selalu lupa akan pentingnya jawatan ini, yang mana tanggapan yang selalu bermain dibenak fikiran hanyalah satu jawatan bagi mengisi ruang kosong untuk menampung pembelanjaan seharian supaya setiap hujung bulan akan bertambah angka didalam akuan simpanan MEREKA…

Akan tetapi adakah MEREKA seperti DIA dahulu??? Yang mengajar, mendidik dan mencorakan setiap insan yang bergelar murid dengan 1 tujuan sahaja!!! Iaitu satu hari nanti insan datangnya dari tangan yang di didik akan menjadi seorang yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Tanahair… atau MEREKA hanya fikirkan dari satu sudut sahaja??? Iaitu semoga aliran kewangan MEREKA akan sentiasa lancar dan setabil…

Atau mungkin memang DIA memang mempunyai azam seperti MEREKA dahulu??? Akan tetapi disebabkan banyaknya kekanggan dan peraturan serta petisyen-petisyen yang perlu di pakai oleh DIA, maka ianya telah menjadi tali yang menambat DIA dari melangkah lebih jauh??? Dan akhirnya DIA mengambil langkah untuk turut serta bersama dengan MEREKA…

Mungkin juga sebagai ‘tanda’ kasih dan sayang ibu bapa yang sentiasa leka mengejar jumlah RM yang bakal dibawa balik setiap bulan bagi mengisi ‘kehendak’ hatinya. Oleh itu untuk memperlihatkan yang MEREKA mengasihi dan menyayangi zuriatnya mengambil jalan mudah dengan menyogok dan menjadi dermawan keatas segala yang diminta oleh ‘tuan’ MEREKA yang begelar ANAK… Maka timbul lah larangan untuk DIA menyentuh tubuh zuriat MEREKA walaupun atas bahasa mendidik…

Bagi AKU cara belajar yang paling berkesan adalah ‘carrot and stick’ yang mana jika AKU betul akan mendapat hadiah dan jika salah akan dapat rotan. Mungkin juga sudah tidak raleven lagi cara ini pada masa ini??? Kerana ianya sudah ditujah oleh pendekatan ‘saiko’logi. Dan hasilnya begitu ramai pelajar-pelajar yang semakin hilang sikap moralnya kerana keputusan AKU, DIA dan MEREKA…

Nah… saban hari makin semaklah gejala yang meruntuhkan moral berleluasa di NEGARA ini kerana DIA tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya kerana kepandaian KITA memberi aliran yang patut DIA ikut untuk mendidik bakal-bakal warisan NEGARA ini…

selamat hari guru’

posted by -asz- at 11:21 PTG

3 Comments:

salam asz, congrates dah ade blog sendrey.. aku da link ko nye kat blog aku. teruskan usaha anda!

11 Jun 2009 pada 4:22 PTG  

bagus nukilan anda.teruskan perjuangan!

19 Jun 2009 pada 4:29 PTG  

boleh dikatakan pejuang bahasa yg sejati dan utuh..penggunaan yat yg bernas lagi berisi mempunyai 1001 madah nasihat dan tauladan leh doikongsi bersama.teruskan!

30 Jun 2009 pada 3:42 PTG  

Catat Ulasan

<< Home