Aku...Dia...Mereka...

Selasa, 19 Mei 2009

How much is too much???

Sedang AKU menikmati kelemakan gulai ayam di warung itu, pandangan AKU tertumpu kepada seorang TUA yang dimamah usia sedang berlegar dari satu meja kepada satu meja memungut ihsan untuk mengisi perut yang sedang berlagu dengan jodol ‘kelaparan’. Terlintas dibenak akal ini untuk bertanyakan ‘how much is too much???’ yang mana soalan AKU ini lebih condong kepada pendapatan DIA dan MEREKA…

AKU pernah membuat congakan untuk diri sendiri yang mana aku memerlukan sekitar RM4500 sebulan untuk hidup dengan agak selesa, yang mana secara purata AKU boleh membelanjakan sekitar RM150 setiap hari untuk keperluan serta kehendak harian… DAN pernah juga AKU impikan untuk mempunyai harta dan wang yang banyak seperti DIA dan MEREKA agar aku boleh bermewah-mewah serta hidup ini lebih mudah diharungi…

Akan tetapi berapa banyakkah yang AKU, DIA dan MEREKA perlukan??? Andai kata umur seorang manusia ialah sekitar 65 tahun dan memerlukan sekitar RM1000 untuk dibelanjakan setiap hari, maka mungkin AKU, DIA dan MEREKA perlukan sekitar RM23,725,000.00 sebagai angka yang boleh menjamin hidup ini mudah diharungi… CUKUPKAH???

Bagaimana pula DIA dan MEREKA yang begelar jutawan atau billionaire??? Dan kenapa masih lagi tidak cukup untuk mereka berhenti mencari dan mencari??? Agar lebih kaya dan kaya??? Sehinggakan sudah tidak peduli lagi bagaimana cara untuk mendapatkanya… ada yang menindas dan ada pula sanggup menzalimi DIA dan MEREKA…

Bagi AKU sukar untuk memahami fakta yang berlaku ini… kenapa DIA… dan kenapakah MEREKA masih lagi mengejar kekayaan yang mana jika dapat di nikmati hanya sekitar 23 ribu hari sahaja??? Mungkin harta yang dicari itu untuk dikongsi atau dibolot untuk generasinya… agar mungkin dengan harta yang melimpah luah itu dapatlah kira generasinya terus berdoa akan kesejahteraan DIA dan MEREKA yang keseorangan berada di 7 kaki bawah tanah kerana generasinya itu sudah tidak perlu mencari kemewahan sebab sudah disediakan oleh DIA dan MEREKA…

Sebangai penganut agama ISLAM aku percaya akan hari ‘perhitungan’ dan diantara soalan yang akan ditanya olehNYA ‘dari mana datangnya harta itu dan kemana dihabiskan???’ bagaimanakah AKU, DIA dan MEREKA akan menjawabnya???

Jika hayat ini hanya sekitar 23 ribu hari sahaja, apakah sebenarnya ‘tujuan’ aku menarik nafas memenuhi udara ke paru-paru ini dari detik ke degup jantung ini???

Mungkinkah jawapan ini ada ditangan AKU, DIA dan MEREKA???

posted by -asz- at 7:21 PTG

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home