Aku...Dia...Mereka...
Selasa, 19 Mei 2009
GURU
Cikgu…
Besar sungguh nama ini sebesar tanggungjawab yang MEREKA pikul. Mungkin sekarang baru AKU sedar akan berapa unggulnya panggilan keramat ini ‘CIKGU’ …
Di era serba canggih dan moden ini mungkin AKU, DIA dan MEREKA selalu lupa akan pentingnya jawatan ini, yang mana tanggapan yang selalu bermain dibenak fikiran hanyalah satu jawatan bagi mengisi ruang kosong untuk menampung pembelanjaan seharian supaya setiap hujung bulan akan bertambah angka didalam akuan simpanan MEREKA…
Akan tetapi adakah MEREKA seperti DIA dahulu??? Yang mengajar, mendidik dan mencorakan setiap insan yang bergelar murid dengan 1 tujuan sahaja!!! Iaitu satu hari nanti insan datangnya dari tangan yang di didik akan menjadi seorang yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Tanahair… atau MEREKA hanya fikirkan dari satu sudut sahaja??? Iaitu semoga aliran kewangan MEREKA akan sentiasa lancar dan setabil…
Atau mungkin memang DIA memang mempunyai azam seperti MEREKA dahulu??? Akan tetapi disebabkan banyaknya kekanggan dan peraturan serta petisyen-petisyen yang perlu di pakai oleh DIA, maka ianya telah menjadi tali yang menambat DIA dari melangkah lebih jauh??? Dan akhirnya DIA mengambil langkah untuk turut serta bersama dengan MEREKA…
Mungkin juga sebagai ‘tanda’ kasih dan sayang ibu bapa yang sentiasa leka mengejar jumlah RM yang bakal dibawa balik setiap bulan bagi mengisi ‘kehendak’ hatinya. Oleh itu untuk memperlihatkan yang MEREKA mengasihi dan menyayangi zuriatnya mengambil jalan mudah dengan menyogok dan menjadi dermawan keatas segala yang diminta oleh ‘tuan’ MEREKA yang begelar ANAK… Maka timbul lah larangan untuk DIA menyentuh tubuh zuriat MEREKA walaupun atas bahasa mendidik…
Bagi AKU cara belajar yang paling berkesan adalah ‘carrot and stick’ yang mana jika AKU betul akan mendapat hadiah dan jika salah akan dapat rotan. Mungkin juga sudah tidak raleven lagi cara ini pada masa ini??? Kerana ianya sudah ditujah oleh pendekatan ‘saiko’logi. Dan hasilnya begitu ramai pelajar-pelajar yang semakin hilang sikap moralnya kerana keputusan AKU, DIA dan MEREKA…
Nah… saban hari makin semaklah gejala yang meruntuhkan moral berleluasa di NEGARA ini kerana DIA tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya kerana kepandaian KITA memberi aliran yang patut DIA ikut untuk mendidik bakal-bakal warisan NEGARA ini…
‘selamat hari guru’
How much is too much???
Sedang AKU menikmati kelemakan gulai ayam di warung itu, pandangan AKU tertumpu kepada seorang TUA yang dimamah usia sedang berlegar dari satu meja kepada satu meja memungut ihsan untuk mengisi perut yang sedang berlagu dengan jodol ‘kelaparan’. Terlintas dibenak akal ini untuk bertanyakan ‘how much is too much???’ yang mana soalan AKU ini lebih condong kepada pendapatan DIA dan MEREKA…
AKU pernah membuat congakan untuk diri sendiri yang mana aku memerlukan sekitar RM4500 sebulan untuk hidup dengan agak selesa, yang mana secara purata AKU boleh membelanjakan sekitar RM150 setiap hari untuk keperluan serta kehendak harian… DAN pernah juga AKU impikan untuk mempunyai harta dan wang yang banyak seperti DIA dan MEREKA agar aku boleh bermewah-mewah serta hidup ini lebih mudah diharungi…
Akan tetapi berapa banyakkah yang AKU, DIA dan MEREKA perlukan??? Andai kata umur seorang manusia ialah sekitar 65 tahun dan memerlukan sekitar RM1000 untuk dibelanjakan setiap hari, maka mungkin AKU, DIA dan MEREKA perlukan sekitar RM23,725,000.00 sebagai angka yang boleh menjamin hidup ini mudah diharungi… CUKUPKAH???
Bagaimana pula DIA dan MEREKA yang begelar jutawan atau billionaire??? Dan kenapa masih lagi tidak cukup untuk mereka berhenti mencari dan mencari??? Agar lebih kaya dan kaya??? Sehinggakan sudah tidak peduli lagi bagaimana cara untuk mendapatkanya… ada yang menindas dan ada pula sanggup menzalimi DIA dan MEREKA…
Bagi AKU sukar untuk memahami fakta yang berlaku ini… kenapa DIA… dan kenapakah MEREKA masih lagi mengejar kekayaan yang mana jika dapat di nikmati hanya sekitar 23 ribu hari sahaja??? Mungkin harta yang dicari itu untuk dikongsi atau dibolot untuk generasinya… agar mungkin dengan harta yang melimpah luah itu dapatlah kira generasinya terus berdoa akan kesejahteraan DIA dan MEREKA yang keseorangan berada di 7 kaki bawah tanah kerana generasinya itu sudah tidak perlu mencari kemewahan sebab sudah disediakan oleh DIA dan MEREKA…
Sebangai penganut agama ISLAM aku percaya akan hari ‘perhitungan’ dan diantara soalan yang akan ditanya olehNYA ‘dari mana datangnya harta itu dan kemana dihabiskan???’ bagaimanakah AKU, DIA dan MEREKA akan menjawabnya???
Jika hayat ini hanya sekitar 23 ribu hari sahaja, apakah sebenarnya ‘tujuan’ aku menarik nafas memenuhi udara ke paru-paru ini dari detik ke degup jantung ini???
Mungkinkah jawapan ini ada ditangan AKU, DIA dan MEREKA???
1 malaysia
1 Malaysia....
Aku suka pada perkataan itu... dan aku juga mengharapkan ianya bukan sekadar kata-kata. pelik kan? setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai HAK kemerdekaan... baru sekarang diiklankan agenda 1 Malaysia... kenapa bukan 50 tahun yang lepas??? dan yang paling pelik lagi dari tinjauan aku keatas kenalan aku, masih ramai yang tidak mahu atau tidak tahu tentang pekara ini berlaku.. dan rata-rata menyimpan rasa tidak puas hati terhadap satu sama lain... KENAPA?
Jom kita imbau kembali kenangan masa kanak-kanak dahulu pernahkah kita mempunyai rasa ini terhadap kaum-kaum lain??? perasaan prejudis yang mementingkan perkauman, yang mementingkan warna kulit dan yang mementingkan suara bahasa yang digunakan? dan bilakah semangat ini tertanam kepada kita? sejak mengenal ABC???atau sejak memahami 123? dan siapakah yang menanamkan semangat ini??? ibu bapa, rakan-rakan atau cikgu??? atau setelah kita mengetahui parti politik yang mana kita ingin sokong???
Dinegara ini didiami lebih 27 juta manusia... dan terbahagi kepada 3 kaum utama MELAYU, CINA dan INDIA... akan tetapi maksud 'bersatu' masih satu jenaka yang sering bermain di fikiran dan hati masing-masing sedangkan MEREKA saban hari tidak pernah jenuh bermain di mata dan pasti ianya tidak akan pernah hilang selagi kita berpijak di bumi yang digelar MALAYSIA...
Siapakah pesalah yang patut kita bicarakan didalam hal ini??? ibu-bapa yang gagal membimbing??? cikgu yang gagal mendidik??? kerajaan yang gagal perihatin??? atau AKU... atau DIA... dan mungkin juga MEREKA...???
'tidak kenal maka tidak cinta'
Mungkin benar akan apa yang dimaksudkan diatas... masakan ingin mencintai andai mengenal pun tidak??? cuba tanya kembali berapa kenal kah AKU tentang DIA??? dan apa yang DIA kenal akan MEREKA???
Setelah pemerhatian AKU… ada beberapa yang sebab yang mungkin menjadi sebab utama pekara ini terjadi yang mana aku perhatikan dari beberapa kaum yang menghuni Negara MALAYSIA diantaranya ialah:
· Ketidak puasan hati kaum bukan melayu terhadap layanan yang diterima oleh orang melayu di MALAYSIA dengan erti kata lain ‘hak keistimewaan orang melayu’ dan ketidak puasan hati kepada sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu sektor di Negara ini
· Faktor bahasa
· Tahap pendidikan seseorang
· Ego dan keangkuhan
Biar AKU kupas setiap satu sebab ini dengan lebih teperinci:
Ketidak puasan hati kaum bukan melayu terhadap layanan yang diterima oleh orang melayu di MALAYSIA dengan erti kata lain ‘hak keistimewaan orang melayu’
Kenapa AKU letak pekara ini yang paling atas ialah kerana setiap individu yang aku soal tentang ‘apa sebab kau tak boleh lepak dengan kaum ni? (melayu,cina dan india)’ dan diantara jawapan sepontan yang aku terima ialah pekara di atas. Jadi suka aku rumuskan yang selama ini kita hanya ber’topeng’ semata-mata???
Seperti yang kita tahu memang banyak dana yang diperuntukan kepada orang melayu untuk menaikan taraf hidup mereka dari miskin kepada sederhana atau mewah melalui bantuan meminjamkan wang untuk tujuan perniagaan. Diantara soalan yang suka AKU tanya balik kepada MEREKA
· Pernahkah MEREKA tanya kepada DIA berapa sukarkah untuk mendapat bantuan kewangan tersebut??? (AKU kata memang susah kerana ia indah khabar dari rupa)
· Pernahkah MEREKA tanya kepada DIA berapa banyak kursus, kertas kerja, penjamin serta surat sokongan yang DIA perlukan untuk menerima pinjaman tersebut??? (suka AKU katakan ianya lebih sukar dari pinjaman sektor kewangan yang lain)
· Pernahkah MEREKA tanya kepada DIA adakah DIA mempunyai keluarga yang sudah berniaga untuk mengetahui selok belok dunia perniagaan agar boleh menjadi pembimbing ??? (AKU rasa kebanyakan ahli keluarga DIA adalah pekerja seumur hidup dan masakan tahu tentang selok belok perniagaan)
Ini jawapan AKU kepada MEREKA agar cuba bertanya kepada DIA soalan-soalan diatas dan mungkin sebab-sebab itu kerajaan memberi bantuan agar boleh membantu DIA supaya dapat menggerakan ekonomi negara yang sekarang hanya dipikul oleh sebuah kaum sahaja.
‘ ketidak puasan hati kepada kaum cina yang mendominasi sesuatu sektor dinegara ini’
Memang AKU selalu dengar perkataan ini di luahkan, jadi ingin AKU bertanyakan kepada MEREKA
· Bukankah MEREKA mempunyai peluang yang sama seperti DIA untuk mengusahakan bidang yang sama???(AKU rasa peluangnya sama tetapi kenapa MEREKA masih duduk dan tidak habis-habis mengecam DIA yang AKU rasa memang tidak ada gunaya
· Memang DIA mempunyai pembimbing dari ahli keluarga bagi mengetahui selok belok perniagaan. Akan tetapi jika tidak ditanamkan sifat rajin, berusaha, amanah dan ingin belajar dan terus maju. AKU yakin 100% DIA tidak akan maju dan boleh menjadi pendominasi di Negara ini.
· Pernahkah MEREKA bertanya kepada DIA berapa sukarnya DIA menjayakan perniagaan DIA???(AKU rasa bukan senang bagi golongan bukan majoriti untuk berniaga di Negara ini)
· Pernahkah MEREKA bertanya kepada DIA bagimana sukarnya DIA menempuh kerenah birokrasi dia Negara ini???(AKU rasa memang amat menyeksakan)
· Pernahkah MEREKA bertanya kepada DIA berapa banyak kah cukai yang ditanggung dari perniagaanya bagi mengerakan ekonomi Negara yang mana dinikmati oleh MEREKA???(adilkah pembahagian yang diterima oleh DIA???)
AKU rasa inilah keluhan yang selalu bermain di benak DIA agar MEREKA faham tentang apa yang berlaku di pihak DIA. Seperti diatas suka AKU beritahu agar MEREKA cuba balik kepada perkara yang asas iaitu ‘memahami’. Manakala bagaimana pula golongan AKU,DIA dan MEREKA yang tidak mendapat bantuan??? Sedangkan KAMI juga memerlukan bantuan agar dapat menaikan taraf hidup dari miskin ke sederhana atau mewah???
Dari kedua-dua masalah ini AKU amat mengimpikan agar pihak yang berwajib menyemak kembali adakah releven lagi bantuan yang diberikan kepada sesetengah pihak sahaja??? Apa kata kita cuba cara ini:
· Sebagai contoh kerajaan memperuntukan dana 100juta untuk orang melayu menjalankan aktiviti perniagaan. Apa kata jika dana itu ditambah kepada 300juta untuk kesemua kaum menerima agihan yang sama, yang mana tidak akan ada kaum yang tercicir dan kesemua kaum dapat menikmati faedah yang sama. Bukankah ini dapat mencerahkan cita-cita Negara kearah Negara MODEN???
Faktor bahasa
Jikalau kita ambil cara menyampaikan maklumat (komunikasi) diatara sebab utama maklumat gagal diterima adalah disebabkan faktor bahasa yang mana maklumat dari pihak ‘A’ tidak sampai sepenuhnya atau lebih teruk disalah tafsirkan oleh pihak ‘B’ dan AKU memandang ia adalah penyumbang utama kenapa AKU, DIA, dan MEREKA gagal untuk bersatu. Cuba kita tinjau ke Negara matahari terbit (JEPUN) berapa bahasakah yang mereka pakai untuk pertuturan??? Dan oleh kerana itu lah bangsa jepun lebih maju dari kita. Itu belum lagi jikalau sebab bahasa sampai berkelahi??? Sebab mungkin kerana ini lah timbulnya rasa tidak puas hati diantara kaum, sebagai contoh:
· AKU hanya mahir didalam 1 bahasa sahaja dan ingin berurusan dengan DIA yang mana DIA dan MEREKA menggunakan bahasa yang aku tidak faham, sedikit sebanyak mungkin aku akan rasa tidak selesa kerana menyangka DIA akan menipu aku didalam urusan ini, tidak kira sama ada betul atau tidak sangkaan aku… pokoknya adalah disebabkan aku tidak mahir dengan bahasa DIA dan MEREKA maka disebabkan ini pastinya AKU tidak boleh bersatu kerana sifat wasangka yang membuak-buak di dalam hati ini. Bukankah amat rugi NEGARA ini hanya kerana perbezaan bahasa???
Dari masalah ini AKU ada idea… pastinya setiap kaum tidak ingin bahasa mereka diketepikan…
· Apa kata setiap individu dinegara ini diajar menggunakan ketiga-tiga bahasa utama kaum di sekolah, pastinya memang susah untuk mempelajarinya tapi sekurang-kurang ia pasti akan mengurang penipuan yang berlaku jikalau sipenipu itu tahu yang AKU belajar bahasa kaumnya disekolah dahulu dan bukankah AKU akan rasa lebih selesa???
· Gubal tahap pendidikan dari sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaaan supaya setiap individu yang berpijak dinegara ini akan mempunyai sifat bekerjasama kerana sifat ini telah ditanam dari zaman kecil lagi. Kerana dengan ini tidak perlu lagi MEREKA menghabiskan masa dan wang ringgit untuk tujuan yang sama. Ingat ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ kerana AKU amat percaya agak sukar untuk MEREKA berubah jika sudah selesa dengan keadaan yang MEREKA lalui setiap hari. Jadi sifat ini amat wajib diterap pada usia rebung lagi agar apabila ia besar akan menjadi ‘buluh’ yang bersatu.
‘Tahap pendidikan seseorang’
AKU dibesarkan di sebuah kawasan pekan kecil yang kurang menerima arus kemodenan yang mana kebanyakan masyarakat disitu mempunyai tahap pendidikan formal yang kurang baik berbanding MEREKA di Bandar. Kenapa AKU menyoalkan tahap pendidikan seseorang??? Ini kerana:
· MEREKA yang lemah akal akan lebih bergantung kepada kepandaian DIA untuk meng-kepala-i MEREKA dan jikalau DIA mempunyai agenda tersembunyi untuk terus berkuasa bukankah DIA akan membiarkan MEREKA terus lemah dan bergantung kepadanya???
· Sudah tentu MEREKA yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah hanya mahir kepada 1 bahasa sahaja dan oleh kerana itu MEREKA lebih cenderung bersama dengan kaum MEREKA sahaja.
· Jika dari kecil lagi MEREKA hanya bersama dengan kaum MEREKA sahaja tanpa ada usaha untuk ketahap pendidikan yang lebih tinggi sudah pasti pekara ini akan berlanjutan keturunan demi keturunan.
Sudah pasti DIA tidak dapat bercampur dengan MEREKA kerana perbezaan tahap pendidikan yang mana langkah yang akan diambil oleh DIA pasti akan kembali kepada kaum MEREKA semula. Adakah ini adalah AKU??? Dia??? Atau MEREKA???
‘Ego dan keangkuhan’
Secara benarnya AKU amat memusuhi DIA atau MEREKA yang ‘berkulitkan’ ego dan keangkuhan. Ini kerana bagi AKU hanya yang hilang siumanya berfikiran begini… apakah yang DIA angkuhkan??? Kerana pokok pangkal dibalik kulit yang dibanggakan terselindung daging, darah dan tulang yang tiada bezanya dengan AKU dan MEREKA… berapa lamakah udara yang disedut itu akan masuk keparu-parunya??? Tidakkah DIA ingat bahawa udara tersebut satu hari akan terhenti masuk keparu-parunya??? Jadi berapa hebatkah DIA???
Siapa???
AKU, DIA atau MEREKA???
